Sorting by

×

Korban Mega Kenduri Sekampung meriah, tumbang 25 lembu korban

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SUNGAI RAMBAI 12 Julai – Program Korban Mega Kenduri Sekampung Peringkat Parlimen Jasin di Masjid Al-Hasanah mendapat sambutan menggalakkan apabila dihadiri pelbagai lapisan masyarakat dari beberapa kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis berkata, pihaknya telah menyediakan sebanyak 25 ekor lembu korban bagi DUN itu untuk diagihkan kepada penduduk setempat serta golongan memerlukan.

“Alhamdulillah, selesai sudah Program Korban Mega dan Kenduri Sekampung Peringkat Parlimen Jasin, terima kasih pada semua yang hadir dan tidak lupa juga Parlimen Jasin, agensi terlibat, ketua-ketua cawangan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pengerusi masjid dan lain-lain yang menjayakan program ini.

“Program buat julung kali diadakan ini menggabungkan program ibadah korban dari semua lapan masjid di bawah daerah Jasin, kita harap aktiviti begini terus diadakan di tahun akan datang,” katanya.

Program itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah; ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk melapah daging korban oleh penduduk setempat yang terlibat selain kenduri sekampung yang menerima kehadiran penduduk dari pelbagai kawasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1408
Kongsi :
Previous post Pendaftaran ahli baharu KWSP naik kepada 146,000 pada suku pertama 2022 – Tengku Zafrul
Next post Tajuk-tajuk Utama Akhbar – Selasa, 12 Julai 2022
Ubah saiz-+=