
Aidiladha: Lokasi tumpuan pelancongan Melaka sesak
BANDA HILIR 10 Julai – Aliran trafik di Banda Hilir mulai sesak sejak tengah hari tadi berikutan peningkatan jumlah kenderaan orang ramai yang mahu keluar beraya sempena Aidiladha.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di Banda Hilir sekitar jam 12 tengahari mendapati kenderaan mula bergerak perlahan melalui Jalan Laksamana di Bangunan Merah sehingga di hadapan Dataran Pahlawan Melaka Megamall.
Kelihatan orang ramai termasuk pelancong dalam dan luar negeri mulai membanjiri di setiap kawasan pelancongan di negeri ini dengan membawa ahli keluarga masing-masing.
Di kawasan Kota A’Famosa juga dipenuhi dengan kehadiran pelancong dan ada juga yang membawa sanak saudara untuk menaiki beca sambil menikmati keindahan produk pelancongan yang ada di negeri ini.

Melaka Hari Ini seterusnya melakukan tinjauan di Klebang dan ternyata di bahu kiri dan kanan jalan dipenuhi deretan kenderaan.
Ada yang membawa ahli keluarga bersiar-siar di tepi Pantai Klebang dan ada yang menjamu selera bersama keluarga di gerai-gerai yang disediakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...