
SK Chinchin teruskan tradisi semangat kemerdekaan
JASIN 23 Sept. – Sekolah Kebangsaan (SK) Chinchin meneruskan tradisi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan anak muridnya menerusi Program Semarak Merdeka 2020 di sekolah itu, baru-baru ini.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Chinchin Ariff Anwar berkata, ia salah satu usaha pihak sekolah bagi mengingati peristiwa bersejarah Malaysia untuk disampaikan kepada anak-anak.
“Pelbagai aktiviti bertemakan Hari Kebangsaan dilaksanakan selaras dengan semangat kemerdekaan ‘Malaysia Prihatin’ walaupun negara berdepan dengan pandemik Covid-19,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Semarak Merdeka 2020 SK Chinchin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.
Antara aktiviti diadakan seperti Pertandingan Mewarna Kemerdekaan Tahap , Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan Tahap 2, Pertandingan Gelang Merdeka Prasekolah dan lain-lain.
Ariff berkata, menerusi program itu murid-murid dapat mencungkil bakat terpendam mereka sekali gus memupuk minda positif, kreatif dan inovatif.
“Tidak lupa juga pihak sekolah sentiasa memastikan amalan hidup sihat dengan penerapan norma baharu serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...