Bantu rakyat tangani isu kenaikan harga barang

Masa Membaca:58 Saat

BUKIT BARU 9 Julai – Seramai 170 penduduk di Pangsapuri Sri Siantan dari golongan B40 menerima bakul makanan berupa makanan asas hari ini.

Pemberian bakul makanan tersebut bagi meringankan bebanan golongan tersebut ekoran peningkatan harga barang dan ekonomi tidak menentu kini.

Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata pemberian tersebut merupakan lanjutan dari program di bawah DUN tersebut.

“Hari ini kita serah bakul makanan yang berupa kit makanan seperi beras, minyak masak, barang makanan kering kepada penduduk Pangsapuri Sri Siantan di sini hari ini.

“Saya harap pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan penerima dalam kalangan B40 daripada bangsa Cina dan India yang kebanyakan penghuni pangsapuri di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Penyerahan Bakul Makanan di Pangsapuri Sri Siantan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Ridhwan yang juga Ahli Dewan Negara turut mengulas isu kenaikan harga barangqn yang sedang berlaku kini.

“Di peringkat Dewan Negara sendiri isu kenaikan harga barang ini akan diketengahkan dan dibincangkan kerana isu ini seolah menekan rakyat dan kerajaan perlu melaksanakan pelbagai insentif dalam membantu rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

737
Kongsi :
Previous post JAWI siasat wanita hina agama Islam di sebuah kelab
Next post Jemaah terkandas di KLIA: Polis terima 57 laporan, kerugian lebih RM2.37 juta
Ubah saiz-+=