
Trafik lancar di Tol Ayer Keroh pada jam 4 petang
ALOR GAJAH 8 Julai – Aliran trafik lancar di pintu keluar masuk Tol Ayer Keroh setakat jam 4 petang hari ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, tiada kesesakan berlaku, namun jumlah kenderaan di atas jalan raya meningkat susulan sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut umat Islam pada 10 Julai ini.
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata pihaknya akan sentiasa memastikan kelancaran aliran trafik dalam negeri berikutan musim perayaan.
“Pihak polis akan memantau dan pastikan tiada kesesakan berlaku dalam negeri Melaka semasa musim perayaan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini tadi.
Menurut Zainol, pihaknya masih tidak mempunyai jangkaan atau sasaran kenderaan keluar masuk ke negeri ini.
Namun beliau akan memastikan tiada sebarang kesesakan luar biasa berlaku.
Menerusi Twitter PLUS setakat jam 2 petang tadi mendapati trafik bergerak perlahan dari Nilai ke arah selatan sepanjang 7 kilometer (KM) dan kenderaan banyak serta jangkaan kelewatan masa perjalanan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...