
MBMB hantar pasukan bantu misi pasca bencana di Baling
AYER KEROH 8 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menghantar pasukan bagi membantu misi pasca bencana banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di Baling, Kedah, baru-baru ini.
Misi selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Julai itu diketua Ketua Unit FRONT MBMB Khairulnezam Amir dengan dibantu kekuatan seramai sembilan orang.
Terdahulu, pasukan itu telah tiba di Baling pada jam 4 pagi (7 Julai) dengan menaiki dua buah kenderaan.
Menurut kenyataan MBMB, misi itu dijalankan bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas mangsa yang terjejas dengan bencana itu.

Misi bantuan kemasyarakatan itu telah dijalankan di tiga buah kampung di Baling iaitu Kampung Iboi, Kampung Tanah Periok dan Kampung Kupang.
“Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada mangsa-mangsa banjir serta memberikan mereka semangat untuk menjalani hari-hari mendatang,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...