
109 lagi Rumah Prihatin dibina di Melaka
MASJID TANAH 6 Julai – Sebanyak 109 projek Rumah Prihatin masih dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, daripada jumlah itu kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak 56 buah rumah sedang dibina terletak di daerah Melaka Tengah diikuti 40 di Jasin manakala 13 lagi di Alor Gajah.
Katanya, setakat ini, kerajaan negeri dengan kelolaan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah siap membina dan menyerahkan sebanyak 353 buah Rumah Prihatin kepada isi rumah dalam kalangan berpendapatan rendah (B40).
“Untuk makluman Melaka Tengah sahaja kita telah siapkan 156,(diikuti) Alor Gajah 66, Jasin 131 dan jumlah keseluruhan sebanyak 353.
“Saya difahamkan tadi oleh pihak JKR ada 13 buah rumah lagi di daerah Alor Gajah, 56 buah rumah di Melaka Tengah dan 40 buah rumah di Jasin sedang dalam pembinaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan kunci Rumah Prihatin kepada Mohd Jali Jusoh, 84 di Jalan Ghafar Baba hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...