
Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sebanyak 20 siri gempa bumi dengan magnitud lemah dikesan di sekitar Kepulauan Andaman pada Isnin lepas (4 Julai) hingga hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Bagaimanapun berdasarkan pemantauan berterusan serta analisis data dan maklumat seismologi dan tsunami, MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.
MET Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu akan dipantau secara berterusan dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang memberi kesan kepada negara.
Orang awam diminta untuk merujuk kepada laman web agensi itu di www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat gempa bumi dan tsumani terkini
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...