
Padang rumput sintetik lonjak pembangunan bola sepak
ASAHAN 7 Julai – Padang Awam Nyalas bakal dilengkapi dengan rumput sintetik, selepas kerja menaik taraf kemudahan sukan itu selesai dijalankan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, usaha melengkapkan kemudahan itu dengan padang bola rumput sintetik akan dijalankan dalam masa terdekat dan dijangka membabitkan peruntukan berjumlah RM500,000.
“Alhamdulillah kita menerima satu peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk membangunkan padang sintetik, ini secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat dan membantu pembangunan bola sepak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.
“DUN Asahan memang popular dengan pembangunan bola sepak jadi kita berdoa dan berharap semoga selepas adanya padang sintetik ini lebih ramai pemain berbakat akan dilahirkan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini KBS sedang dalam proses mengeluarkan tender kepada kontraktor sebelum pelaksanaan projek dijalankan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...