
Kenyang telan itik dalam reban
TANGGA BATU 2 Julai – Seekor ular sawa sepanjang kira-kira 3 meter ditangkap selepas dipercayai menelan seekor itik di dalam reban sebuah rumah Batu 9 ½ Tangga Batu, lewat petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu hanya disedari pemilik rumah sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.
Jurucakap JBPM Melaka memaklumkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu digerakkan ke lokasi bagi menangkap spesies reptilia itu.
“Setibanya di lokasi didapati benar terdapat seekor ular sawa sepanjang tiga meter berada di dalam reban pemilik rumah.
“Ular itu dipercayai telah menelan seekor itik di dalam reban berkenaan dan anggota menggunakan peralatan kgas untuk menangkap ular berkenaan dengan selamat,” katanya.
Beliau berkata, operasi menangkap spesies itu tamat pada jam 6.58 petang dan anggota pulang ke balai selepas mendapati tiada lagi bahaya di lokasi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...