Sorting by

×

Ansal Ternak bakal wujudkan ladang berkonsep ‘mini zoo’

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

SELANDAR 1 Julai – Seiring dengan kemajuan sektor pelancongan, Ansal Ternak bakal mewujudkan satu produk baharu Ansal Ternak ‘Agrofarm’ berkonsepkan kawasan rekreasi yang dijangka beroperasi lima tahun akan datang.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Ansal Ternak, Ahmad Firdaus Zulkifli, 37, berkata pusat rekreasi itu sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai suasana berada di mini zoo yang dikelilingi haiwan-haiwan ternakan.

“Untuk perancangan di masa akan datang tempat ini akan menjadi agro pelancongan yang mana kita akan sediakan resort, petting zoo dan juga tempat reksreasi untuk orang awam.

“Buat masa ini kita cuba buat tempat pembiakan landak, kita dah dapat lesen daripada jabatan perhilitan dan kita akan mulakan dulu dengan pembiakan selepas itu baru jadikan kawasan ini sebagai agro tourism.

“Buat masa ini kita tengah siapkan prasarana seperti tempat untuk camping (berkhemah) dan chalet, semua ini belum ada lagi sebab fokus kami sekarang lebih kepada pembiakan sebab ini sumber utama perniagaan kami,” katanya ketika ditemui MHI di Ladang Ansal Ternak di sini.

Ujarnya untuk memasuki ke bidang perlancongan memerlukan latihan dan proses yang sempurna bagi memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

“Bidang pelancongan ini baharu buat kami, jadi kami perlu buat latihan dahulu, join venture dengan agensi berkaitan, tapi fokus kami lepas prasrana pembiakan ini siap kita akan mula projek agro tourism ini.

“Sebab sekarang pun kita memang mendapat permintaan dan lawatan sambil belajar dari sekolah-sekolah berdekatan untuk melihat haiwan ternakan yang ada di sini seperti kambing biri-biri, rusa, pelanduk dan landak raya.

KAMBING biri-biri antara haiwan ternakan di Ladang Ansal Ternak.

“Buat masa ini kita tak buka kepada orang awam, semua secara private (peribadi) sahaja, tapi jika agro tourism nanti dah siap baru kita buka kepada orang awam,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Firdaus berkata Ansal Ternak telahpun beroperasi sejak tahun 2005 dengan memulakan perniagaan menternak lembu.

“Kami organisasi yang mempunyai perternakan dari ladang sampai ke restoran, fokus kami lebih kepada penternakan kambing untuk tujuan akikah dan katering.

“Antara produk paling laris kami adalah kambing golek dan kari kambing untuk akikah, kita juga ada restoran di Bandar Jasin Bestari, kilang frozen dan pusat memanah bagi aktiviti sukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2834
Kongsi :
Previous post Tiada lagi caj potong ayam
Next post The World View of Harun Aminurrashid, Creator of Panglima Awang
Ubah saiz-+=