MDDNM sumbang RM2,000 kepada mangsa kebakaran

Masa Membaca:50 Saat

MELAKA 26 Jun – Ketika berdepan keadaan sukar selepas kediaman dijilat api, dua keluarga masing-masing menerima RM2,000 serta kelengkapan asas daripada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM).

Timbalan Presiden MDDNM, Datuk Wira Dr Ir Ahmad Zaini Mohd Amin berkata, sumbangan pertama disalurkan kepada penghuninya di Taman Paya Emas yang kediamannya mengalami kebakaran di bahagian hadapan.

Katanya, kebakaran itu turut mengakibatkan sebuah motosikal musnah.

“Manakala bagi keluarga kedua di Duyong yang turut menerima nasib sama namun insiden kebakaran lebih teruk yang memusnahkan hampir keseluruhan kediamannya.

“Kedua-dua keluarga ini masing-masing menerima RM2,000 serta beberapa kelengkapan asas seperti tilam dan dapur masak,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaini yang juga Pengerusi Biro Kebajikan dan Faedah Keahlian MDDNM berkata sumbangan itu adalah hasil daripada tabungan daripada lebih 1,000 ahli.

“Jadi, hasil kutipan itu kita berjaya menyumbangkan lebih kurang RM16,000 kepada kediaman mangsa yang terlibat kebakaran bermula Januari hingga setakat ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

897
Kongsi :
Previous post Keputusan kes rasuah Abd Latif Bandi ditunda 7 Ogos
Next post Polis lengkapkan kertas siasatan kes buli pelajar di Teluk Intan
Ubah saiz-+=