
Cemas lihat asap hitam di udara
DUYONG 21 Sept. Orang awam yang berada berdekatan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka, di Durian Daun, di sini, cemas sebaik melihat kepulan asap hitam di udara apabila tujuh buah kenderaan tiba- tiba terbakar.
Kejadian kira- kira jam 7.40 pagi itu, dikatakan berlaku dihadapan sekolah berkenaan selepas dipercayai sebuah van tiba- tiba terbakar sebelum merebak ke enam buah kenderaan lain iaitu Nissan Grand Livina, Perodua Myvi, Perodua Axia, Proton Exora dan Toyota Vios.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 pagi sebelum dua jentera termasuk EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, sebaik tiba bomba mendapati terdapat tujuh buah kenderaan yang diletakkan dihadapan kawasan sekolah terbakar.
“Ia membabitkan tujuh buah kenderaan yang mana sebuah daripadanya musnah 100 peratus manakala enam yang lain hanya kira- kira 10 peratus.
“Bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan ia berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8.26 pagi,” katanya.
Menurutnya, bahagian siasatan sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan akan ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...