Panik, biawak masuk dapur

Masa Membaca:43 Saat

DUYONG 25 Jun – Seorang wanita di Taman Seri Duyong, di sini, cemas apabila rumahnya dimasuki seekor biawak dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Biawak sepanjang 1 meter itu dikatakan memasuki bahagian dapur di rumah berkenaan, sebelum pemiliknya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

Jurucakap JBPM Melaka memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 12.58 tengah hari dan menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil ke lokasi bagi misi menangkap haiwan berkenaan.

“Setibanya di lokasi didapati benar terdapat seekor biawak sepanjang 1 meter berada di bahagian dapur rumah pemanggil yang juga seorang wanita.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkap biawak itu menggunakan peralatan khas.

“Selepas operasi menangkap selesai, anggota pulang ke balai pada jam 1.15 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1247
Kongsi :
Previous post Religious Periodicals in Malaya: Pengasoh, The Modern Light and Similar Genres
Next post Tiga hingga empat penunggang p-hailing terlibat kemalangan seminggu
Ubah saiz-+=