Melaka tangga kelima negeri terima pelaburan tertinggi
AYER KEROH 24 Jun – Melaka menjadi antara lima negeri yang mencatatkan nilai pelaburan tertinggi di negara ini dalam indeks Prestasi Pelaburan Malaysia dengan sektor perkilangan menjadi penyumbang utama.
Menurut data yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), Melaka memperoleh pelaburan sebanyak RM2.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac.
Kedah menjadi negeri yang menerima pelaburan tertinggi bagi tempoh sama dengan RM8.5 bilion diikuti Pulau Pinang sebanyak RM6.3 billion, Sabah dengan RM5.1 billion dan Selangor menerima RM3.3 billion.
Jumlah keseluruhan pelaburan dalam sektor perkilangan yang diluluskan di Malaysia adalah RM30 billion dengan pelaburan asing sebanyak RM26.8 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM3.2 billion.
Selain merancakkan lagi ekonomi perkembangan semasa itu juga membantu mewujudkan 21,666 pekerjaan baharu dalam sektor perkilangan seluruh negara membabitkan industri produk elektrikal dan elektronik, petroleum, produk galian bukan logam, kimia, jentera dan kelengkapan, pengilangan makanan, kertas percetakan dan penerbitan serta tekstil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SEMAKIN RAMAI AMAL KITAR SEMULA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 24 November - Hampir 45 tan jumlah barangan kitar semula di Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK) di Taman...
SUNGAI RAMBAI DAPAT KLINIK KESIHATAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 24 November - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal menerima klinik kesihatan baharu yang akan menggantikan...
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...