Sorting by

×

Tiada halangan ibadah korban di Melaka tahun ini – KM

Masa Membaca:51 Saat

BACHANG 24 Jun – Pelaksanaan ibadah korban di Melaka tahun ini boleh dilaksanakan tanpa ada sebarang halangan khusus seperti tahun sebelumnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, berbanding hanya tiga hari yang ditetapkan pada tahun lalu, tahun ini tiada ketetapan bilangan hari yang ditetapkan untuk melakukan ibadah berkenaan,

Bagaimanapun, beliau meminta ibadah itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Agama Islama Melaka (MAIM).

“Dalam mesyuarat MAIM kali ini kita benarkan ibadah korban dilaksanakan sebab dah sampai kepada penghujung endemik, tidak seperti dahulu.

“Dulu kita benarkan tiga hari dan sehari hanya lima ekor lembu korban, kali ini kita benarkan berapa pun tetapi akan ada SOP yang akan kita keluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pasar Besar MBMB di sini, hari ini.

Hadir sama EXCO Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem; EXCO Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

481
Kongsi :
Previous post Rumah Jangkak Buaya dedah tradisi masyarakat Orang Asli
Next post Tajuk-tajuk Utama Akhbar – Jumaat 24 Jun 2022
Ubah saiz-+=