Sorting by

×

Enam pelajar pusat tahfiz di Seri Iskandar terselamat dalam kebakaran

Masa Membaca:40 Saat

IPOH, 22 Jun – Enam pelajar lelaki Pusat Tahfiz Dar al-Fawzan di Seri Iskandar dekat sini terselamat dalam kebakaran awal pagi tadi membabitkan sebuah bilik di asrama yang dihuni mereka.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.46 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat atas berkeluasan 15×10 kaki persegi musnah terbakar kira-kira 15 peratus.

“Seramai enam pelajar yang tinggal di asrama tersebut semasa kejadian itu berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap itu berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dengan bantuan BBP Batu Gajah yang dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan satu aliran hos bagi melakukan pemadaman dan operasi tamat sepenuhnya pada kira-kira 5.20 pagi.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1135
Kongsi :
Previous post Dewan untuk Orang Asli Taboh Naning akan dibina
Next post Tiada jaminan ADUN BN sedia ada dicalonkan semula pada PRU15 – Saarani
Ubah saiz-+=