Anjing liar ditangkap di Taman Sri Desa Bayu
KUALA SUNGAI BARU 21 Jun – Susulan aduan orang awam dan penduduk Taman Sri Desa Bayu mengenai kacau ganggu anjing liar, Majlis Perbandaran Alor Gajah(MPAG) menjalankan penguatkuasaan menangkap tiga ekor anjing liar di kawasan itu.
Menerusi laman Facebook rasmi MPAG hari ini, pihak MPAG berjaya menangkap tiga ekor anjing liar menerusi operasi penangkapan anjing liar di taman tersebut semalam.
Kesemua anjing terbabit ditangkap dan dimasukkan ke dalam sangkar sebelum dibawa ke Jabatan Kebersihan dan Kesihatan.
Penangkapan tersebut telah dilakukan oleh Kakitangan Jabatan Kebersihan dan Kesihatan dan MPAG bagi membendung isu anjing liar.
Pihak MPAG turut memaklumkan pihaknya akan mengambil serius terhadap aduan-aduan orang awam dan penduduk setempat mengenai haiwan-haiwan liar yang menjejaskan keselamatan warga setempat khususnya penduduk taman.
Operasi penangkapan akan dilaksanakan dari masa ke semasa merujuk kepada aduan dan laporan yang diterima pihak MPAG.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TUISYEN PERCUMA PANTAI KUNDOR DITERUSKAN
PANTAI KUNDOR 6 Januari - Inisiatif tuisyen percuma untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri...
MENARA TAMING SARI SASAR 800,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 6 Januari - Menara Taming Sari yang menyajikan permandangan 360 darjah sekitar bandar Melaka menyasarkan 800,000 pengunjung tahun...
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...