
140 warga Duyong hadiri pendengaran awam isu banjir, sampah
DUYONG 20 Jun – Seramai 140 penduduk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong hadir pada Program Pendengaran Awam “Sejahterakan Bandarayaku” #DuyongKita siri 1/2022, semalam.
Program libat urus anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah itu diadakan bertujuan bagi memberi penerangan kepada segala permasalahan dan isu setempat yang berlaku di kawasan itu.
Sesi pendengaran awam itu telah diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Turut hadir, Ketua Ahli Majlis MBMB Clr. Ab Razak Abu, Ketua-ketua Jabatan dan wakil Jabatan MBMB.
Selain MBMB, antara agensi yang menyertai dan menjayakan program berkenaan ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT).
Menerusi program itu, antara isu yang dibangkitkan adalah membabitkan Projek Tebatan Banjir dan pengurusan sampah di DUN Duyong.
Selepas ini, MBMB dijadual mengadakan sesi libat urus bersama warga DUN Banda Hilir yang dijadual pada 26 Jun (Ahad) bertempat di Medan Samudera MBMB Banda Hilir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...