
Agong jalani pemeriksaan di hospital, gering di bahagian kaki
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini kerana gering di bahagian kaki.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata walau bagaimanapun, kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata semua program dalam masa terdekat yang melibatkan keberangkatan Seri Paduka ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Seri Paduka dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Fadil berkata rakyat diseru bersama-sama mendoakan semoga Seri Paduka dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...