
Pasang lampu solar bantu keluarga memerlukan – Dr Muhamad Akmal
MERLIMAU 20 Jun – Tanggungjawab menjadi seorang pemimpin sudah semestinya memerlukan pelbagai kepakaran dan kepandaian yang mampu memberikan sedikit kesenangan kepada rakyat.
Itu antara tanggungjawab dipraktikkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh yang sentiasa kreatif dalam pelbagai usaha untuk membantu penduduk di kawasan kendaliannya.
“Bila jadi pemimpin ini saya belajar untuk jadi lebih kreatif, gunakan apa sumber yang ada untuk kita boleh bantu semua orang-orang kampung.
“Maka hari ini (semalam) kita berjaya kumpulkan adik-adik dari Politeknik Merlimau Melaka (PMM) yang mengambil jurusan elektrik untuk mereka buat CSR program pasangkan lampu solar di rumah orang kampung.
“Lampu ini boleh menjimatkan bil elektrik untuk keluarga yang kurang berkemampuan dan semestinya kos pemasangan jauh lebih murah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta bantuan pelajar Politeknik berkenaan dalam usaha untuk membantu orang kampung di Merlimau.
“Terima kasih adik-adik Politeknik Merlimau yang sudi untuk membantu orang-orang kampung saya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...