Sorting by

×

Adibah Noor meninggal dunia

Masa Membaca:33 Saat

KUALA LUMPUR 18 Jun – Penyanyi dan penghibur serba boleh Adibah Noor meninggal dunia, hari ini.

Allahyarhamah berusia 52 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Berita pemergian bekas pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) 21 itu disahkan rakan-rakan artis.

Antara yang memaklumkan berita sedih itu ialah pelakon, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook.

Ada sumber memaklumkan arwah merahsiakan penyakitnya itu walaupun sudah tahu lebih awal mengenainya.

Sebelum ini, foto Allahyarhamah yang kelihatan semakin susut menjadi bualan di media sosial.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1779
Kongsi :
Previous post SIRIM Berhad Perak akan laksanakan pensijilan durian Musang King
Next post Peniaga wanita rugi lebih RM500,000 diperdaya pelaburan menerusi WhatsApp
Ubah saiz-+=