Sorting by

×

Melaka lulus bantuan bulanan RM600 bantu nenek jaga empat cucu

Masa Membaca:52 Saat

PAYA RUMPUT 17 Jun – Kerajaan negeri akan memastikan pendidikan dan kebajikan empat beradik yang kehilangan ibu akibat komplikasi buah pinggang tidak tercicir.

EXCO Hal Ehwal Wanita Datuk Kalsom Noordin berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah meluluskan bantuan bulanan berjumlah RM600 kepada empat beradik itu selain beberapa bantuan lain akan dipertimbangkan.

Beliau berkata, sebelum ini arwah ibu anak-anak itu menerima bantuan bulanan sakit terlantar berjumlah RM500 sejak 2019 tetapi sudah dihentikan semalam.

“Borang permohonan sudah dihantar dan mereka akan menerima bantuan bulanan berjumlah RM150 setiap seorang dan saya juga akan berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membincangkan persekolahan anak-anak ini.

“Untuk hari ini juga kita serahkan sumbangan Tabung Bantuan Segera sebanyak RM300 serta kit makanan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan meminta pihak berkaitan untuk mempertimbangkan beberapa bantuan lain bagi meringankan beban warga emas itu dalam membesarkan empat cucunya.

“Semakan dilakukan dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) juga mendapati keluarga itu ada menerima beberapa bantuan, iaitu saraan anak sekolah dan pakaian sekolah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1316
Kongsi :
Previous post Selekoh maut Kuala Sungai Baru ancam pengguna jalan raya
Next post Harga ayam dijangka lepasi RM10 satu kilogram Julai ini
Ubah saiz-+=