Sorting by

×

SPM: 257 calon peroleh semua A di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BUKIT BARU 16 Jun – Seramai 257 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dari sekolah Kementerian Pendidikan di negeri ini memperoleh kesemua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki mereka.

EXCO Pendidikan negeri Datuk Rais Yasin berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2.30 peratus berbanding SPM 2020 apabila hanya seramai 215 pelajar atau 1.88 peratus yang memperoleh kesemua A.

Beliau berkata, pada SPM 2021 negeri Melaka merekodkan seramai 13,134 calon SPM termasuk pelajar dari sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan juga Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran serta calon persendirian.

“Daripada 11,165 pelajar Sekolah Kementerian Pendidikan yang menduduki peperiksaan seramai 10,197 atau 91.3 peratus berjaya mendapat siijl SPM berbanding 10,330 pada SPM lalu.

“Untuk itu kesemua sekolah di Melaka mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik dan pencapaian ini membantu peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) lebih baik dengan 0.03 mata (4.83)berbanding Gred Purata Nasional yang merekodkan 4.86,” katanya pada sidang media selepas Pengumuman Keputusan SPM 2021 Sekolah-Sekolah Melaka, di Bukit Baru, hari ini.

Menurut beliau, tujuh mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains turut mencatatkan peratus lulus melebihi 77 peratus.

“Selain itu dua calon kita turut meraih kesemua A+ dalam mata pelajaran yang diduduki dan sebanyak 17 buah sekolah pula merekodkan mencapai 100% layak mendapat sijil.

“SPM Melaka menunjukkan pencapaian yang membanggakan dan ini adalah hasil usaha serta komitmen yang tinggi semua pihak dalam memastikan kejayaan anak didik mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1127
Kongsi :
Previous post Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah pertuduhan pindaan
Next post Tambang komuter percuma sebulan laluan Lembah Klang mulai hari ini
Ubah saiz-+=