Sorting by

×

Panik anak terkunci dalam kereta

Masa Membaca:36 Saat

PANTAI KUNDOR 15 Jun – Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anak perempuannya berusia dua tahun terkunci di dalam kereta dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Pantai Kundor.

Ketika kejadian, ibunya difahamkan singgah sebentar di kedai runcit berkenaan untuk membeli barang sebelum anaknya yang ditinggalkan seketika terkunci dalam kenderaan jenis Proton Persona.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.09 pagi sebelum menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu.

“Setibanya di lokasi, anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta bagi menyelamat mangsa.

“Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1942
Kongsi :
Previous post ‘Mediastinal tumor’ punca kematian Pengarah APM Melaka
Next post Pemergian Cuthbert kehilangan besar buat APM
Ubah saiz-+=