Bawa bekas makanan sendiri jaga alam sekitar
AYER KEROH 15 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengajak orang ramai untuk membawa bekas makanan sendiri pada setiap hari sebagai langkah menjaga kelestarian alam sekitar khususnya di negeri ini.
Menerusi hantaran Facebook rasminya, MBMB menggalakkan rakyat di negeri ini untuk mengamalkan sikap itu dengan membawa bekas makanan sendiri pada setiap hari Rabu.
“Anda digalakkan untuk membawa bekas makanan anda sendiri setiap hari, tetapi diwajibkan pada hari Rabu setiap minggu.
“Plastik sekali guna mengambil masa 400 hingga 1,000 tahun untuk terurai.. dan ia mengakibatkan pertambahan sampah dan beg plastik di pusat pembuangan sampah.
“Jom amik langkah proaktif untuk atasi masalah ini dengan kurangkan penggunaan beg plastik dan bekas polisterina, jom kita bawa bekas makanan sendiri ke kantin mulai hari ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua...
MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 14 Disember - Seramai 8,800 anak asnaf memperoleh manfaat hasil inisiatif Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf...
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...
PERTEGUH KESELAMATAN DEMI KEMAKMURAN MELAKA – KM
AYER KEROH 14 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...
PELUANG DAPAT PENDEDAHAN, MOHON SIJIL HALAL DI MIHF’24
AYER KEROH 13 Disember - Usahawan tempatan bercadang mahu mendapatkan hak pensijilan halal bagi produk masing-masing boleh mendapatkan maklumat lanjut...
PENGHANTAR TUMBUHAN HIASAN DITAHAN SELUDUP PELBAGAI JENIS TUMBUHAN BERNILAI RM4.5 JUTA
KOTA BHARU 14 Disember - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan termasuk orkid...