Sorting by

×

Hamid Gurkha meninggal dunia

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 14 Jun – Pelakon dan pelawak legenda, Abdul Hamid Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha, 90 meninggal dunia pada jam 2.19 petang tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Berita itu dimaklumkan anak bongsu Allahyarham, Nor Ashita Hamid.

Katanya, jenazah Allahyarham masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

“Kami reda atas pemergian arwah. Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital.

“Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan. Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Sebelum ini, media melaporkan Hamid semakin uzur dan hanya terlantar di atas katil selepas dijangkiti COVID-19 Feb lalu.

Keadaan Allahyarham juga semakin serius apabila mengalami batuk teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Allahyarham berkahwin dengan Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957 dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya sudah meninggal dunia, selain turut dikurniakan 32 cucu.

Hamid mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 dan selepas itu, beliau banyak membintangi filem dan drama popular antaranya Zombi Kampung Pisang, Main-Main Hantu, Rock dan lain-lain lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1765
Kongsi :
Previous post Imam surau didakwa lakukan amang seksual, berbogel depan kanak-kanak
Next post Ahmad Faizal sekali lagi mohon maaf
Ubah saiz-+=