Gotong-royong indahkan Taman Angkasa Nuri
DURIAN TUNGGAL 13 Jun – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melaksanakan kerja-kerja mengindahkan serta membersihkan Taman Angkasa Nuri bagi memastikan keindahan landskap di taman itu sentiasa terpelihara.
Aktiviti itu dilaksanakan menerusi program gotong-royong mingguan MPHTJ yang turut melibatkan beberapa agensi kerajaan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil.
Menurut Zahari, aktiviti itu diadakan bagi memberi keselesaan kepada penduduk taman supaya terus menjaga kebersihan di kawasan kediaman mereka.
“Gotong-royong ini tertumpu kepada cantasan pokok sepanjang jalan utama, membersihkan longkang dan sampah sekitar taman permainan.
“Tujuan utama kita adalah untuk memastikan kawasan taman perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini sentiasa terjaga sekali gus mengelakkan longgokan sampah sarap,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya Sabtu lalu.
Turut hadir Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman; Ahli Majlis MPHTJ, Tan Chee Seng dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gangsa, Rasdi Ismail.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENARA TAMING SARI SASAR 800,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 6 Januari - Menara Taming Sari yang menyajikan permandangan 360 darjah sekitar bandar Melaka menyasarkan 800,000 pengunjung tahun...
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...