Sorting by

×

PM sambut baik usaha kerajaan negeri bangunkan M-WEZ

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 17 Sept. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik usaha kerajaan negeri membangunkan koridor ekonomi baharu dan pelaburan berimpak tinggi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, hasrat itu dibentangkan kepada Perdana Menteri dalam rangka lawatannya ke Melaka Isnin lalu.

SULAIMAN beramah mesra dengan kakitangan LHDN ketika melakukan lawatan ke LHDN Melaka di MITC, petang tadi.

“Perdana Menteri mengarahkan kerajaan negeri menyediakan dokumentasi berkaitan projek berkenaan untuk dibawa ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

“Nampaknya beliau (Perdana Menteri) setuju dengan cadangan pembangunan ini dan dia pohon pada saya supaya mengangkat kertas semua dokumentasi dan dibawa dalam mesyuarat itu nanti.

“Saya pun dah maklumkan pada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melengkapi dan menyiapkan segala ‘requirement’ yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN Mohd Jaafar Embong dan Pengarah LHDN Melaka Mohamad Zain Mohamad Said.

Ujarnya, Perdana Menteri sedia untuk membantu dan kerajaan negeri juga memohon sedikit peruntukan dokumentasi untuk merealisasikan wilayah koridor yang baru ataupun dalam kajian itu.

Terdahulu Sulaiman melawat pejabat LHDN bagi mendengar permasalahan yang dihadapi jabatan atau agensi di bawah kerajaan negeri.

Views:

360
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri adakan lawatan ke LHDN Melaka
Next post Misteri beg hitam dalam kereta
Ubah saiz-+=