
TYT hadir ke Taman Mini Malaysia dan Asean sempena Hari Malaysia
AYER KEROH 17 Sept. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam hadir ke Taman Mini Malaysia dan Asean sempena Sambutan Hari Malaysia, semalam.
Ketibaan beliau kira-kira jam 2.30 petang disambut meriah kakitangan taman mini bersama jemputan yang hadir.
Pada program itu Mohd Ali berkesempatan menyaksikan persembahan kebudayaan di rumah-rumah tradisional di taman tersebut.
Beliau juga sempat memberi panduan serta nasihat kepada pengurusan Taman Mini Malaysia dan Asean bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke taman itu.
Sebelum berangkat pulang, Mohd Ali berkesempatan menyanyi lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama orang ramai.
Hadir sama, Pemangku Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Prof. Datuk Wira Dr. Mohd Jamil Mukmin.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...