
Malaysia lawan Bahrain: Perkhidmatan LRT laluan Ampang/ Sri Petaling dilanjut
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling akan dilanjutkan sempena perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada 12.03 tengah malam manakala ke Putra Heights pada 12.44 tengah malam.
Menurut Rapid Rail, tren tambahan akan disediakan kepada penumpang selepas tamat perlawanan.
“Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek dan ke Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...