Lebar jalan simpang masuk Felda Hutan Percha, elak sesak
MACHAP JAYA 9 Jun – Penguna jalan raya yang melalui persimpangan masuk ke Felda Hutan Percha tidak perlu beratur panjang selepas jalan terbabit dilebarkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, simpang masuk ke felda berkenaan sebelum ini agak sempit dengan dua lorong sahaja dan pengguna jalan raya yang melalui jalan terbabit terpaksa menunggu giliran meskipun tidak masuk ke felda berkenaan.
Katanya, berikutan itu pihaknya mengutarakan masalah itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan meminta agensi terbabit melebarkan jalan supaya pengguna jalan raya tidak mengambil masa yang lama untuk memasuki simpang terbabit.
“Jadi, JKR melebarkan kedua-dua lorong menjadi empat lorong supaya tidak berlaku sebarang masalah atau kejadian tidak diingini pada masa akan datang.
“Selain itu, JKR juga melakukan kerja-kerja menurap bagi mencantikkan keadaan jalan raya itu.” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘AH SEM’ MAHU BINA TIGA MASJID
AYER KEROH 23 November - Bagi memastikan umat Islam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dapat menunaikan solat dalam...
KEJADIAN RAGUT BUKAN DI KRUBONG JAYA
AYER KEROH 23 November - Polis Daerah Melaka Tengah menafikan berlaku kejadian ragut melibatkan seorang wanita di Krubong Jaya, baru-baru...
14 STESEN AMARAN AWAL BANJIR SELURUH MELAKA
AYER KEROH 23 November - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka menyediakan 14 stesen siren amaran banjir bagi membolehkan penduduk...
MANGSA BANJIR MELAKA MENINGKAT KEPADA 264 ORANG
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada...
ANTARA BANJIR TERBURUK SEJAK 3 TAHUN
PAYA RUMPUT 23 November - Banjir yang melanda beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Pantai Kundor dan...
BANJIR MELAKA: 3 PPS DIBUKA, 54 MANGSA DIPINDAHKAN
AYER KEROH 23 November - Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air....