
Bakal haji DUN Pengkalan Batu diraikan
PENGKALAN BATU 8 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin sempat meluangkan masa meraikan bakal jemaah haji dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebelum kesemua mereka berangkat ke tanah suci.
Kalsom yang lebih mesra dipanggil Kak Som, dalam satu program meraikan kesemua 17 bakal jemaah termasuk sembilan wanita di Masjid As-Syakirin, Pasir Puteh Bachang, baru-baru ini.
Pada program itu, Exco Hal Ehwal Wanita berkenaan turut menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah yang berangkat pada Ahad.
Dikesempatan itu juga, Kalsom turut menitipkan doa agar kesemua bakal jemaah haji itu diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di Baitullah.
“Diharap juga kesemua mereka diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah dan dikurniakan Haji yang mabrur,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...