Sulaiman hadir Festival Semarak Pelancongan Melaka di Pekanbaru

Masa Membaca:28 Saat

PEKANBARU 9 Jun – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama Gubernur Provinsi Riau Dr. H Syamsuar menghadiri Festival Semarak Pelancongan Melaka di SKA Mall, di sini, hari ini.

Ketibaan kenamaan dari dua negara itu di perkarangan SKA Mall pada jam 10.30 pagi tadi waktu Indonesia.

Sulaiman, Syamsuar dan delegasi Melaka kemudiannya disambut dengan pukulan kompang di festival berkenaan.

Selepas itu, kesemua yang hadir dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan yang sinonim dengan negeri Melaka iaitu Dondang Sayang oleh Bridged Seni Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1094
Kongsi :
Previous post Tiga didakwa kemukakan maklumat palsu kepada JPN
Next post Teater Muzikal Ali Baba ditayangkan mulai esok
Ubah saiz-+=