Majlis TVET perkasa pendidikan anak-anak Melaka – Rais
MALIM 8 Jun – Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi platform bagi membincangkan pelaksanaan program TVET menerusi inisiatif strategik bersama 30 institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat dalam sektor TVET di Melaka.
EXCO Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata bidang TVET mampu melahirkan graduan berkualiti tinggi yang memiliki kemahiran relevan memenuhi keperluan dinamik industri.
“Saya percaya bidang TVET ini mampu melahirkan graduan berkualiti tinggi yang memiliki kemahiran yang diperlukan.
“Insya-Allah banyak perkara yang telah dirancang dalam usaha untuk memastikan hala tuju penubuhan Majlis TVET Negeri Melaka ini dapat direalisasikan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis TVET Negeri Melaka di Politeknik Melaka di sini, semalam.
Rais berharap penubuhan Majlis TVET tersebut dapat memperkasakan lagi pembangunan, pendidikan, teknikal dan vokasional terutama untuk anak-anak negeri Melaka.
Hadir sama Pengarah Politeknik Melaka, Razali Johari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
14 STESEN AMARAN AWAL BANJIR SELURUH MELAKA
AYER KEROH 23 November - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka menyediakan 14 stesen siren amaran banjir bagi membolehkan penduduk...
MANGSA BANJIR MELAKA MENINGKAT KEPADA 264 ORANG
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada...
ANTARA BANJIR TERBURUK SEJAK 3 TAHUN
PAYA RUMPUT 23 November - Banjir yang melanda beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Pantai Kundor dan...
BANJIR MELAKA: 3 PPS DIBUKA, 54 MANGSA DIPINDAHKAN
AYER KEROH 23 November - Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air....
PENANTIAN 16 TAHUN BERBALOI
AYER KEROH 22 November - Seorang guru lelaki memperoleh 'durian runtuh' apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional...
GEDUNG LANDSKAP MPJ
JASIN 22 November - Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk mengindah dan menghijaukan landskap dalam kawasan pentadbirannya turut membabitkan proses...