
Padah pukul isteri dengan kerusi, lelaki dipenjara lima bulan
KUALA LUMPUR, 7 Jun – Tindakan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kerusi membawa padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas A. Ramasamy, 48, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas L. Suria Mala, 44, dengan memukul menggunakan kerusi di bahagian kepala mangsa di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Taman Intan Baiduri Kepong pada 6 petang Sabtu lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.
Mahkamah memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap, 4 Jun lepas.
Terdahulu, Ramasamy yang bekerja dalam industri pembekalan makanan merayu hukuman penjara paling minimum memandangkan dia yang berpendapatan RM1,700 sebulan perlu menyara isteri serta empat orang anak.
Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...