Sorting by

×

Diskaun 50 peratus untuk individu lahir 16 September

Masa Membaca:46 Saat

BANDA HILIR 15 Sept. – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada individu yang lahir pada 16 September sempena Hari Malaysia.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, penawaran itu membabitkan potongan harga tiket bagi perkhidmatan bot Melaka River Cruise (MRC).

“Sempena sambutan Hari Malaysia pada esok, PPSPM menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pengunjung yang lahir pada 16 September untuk menaiki MRC.

“Mereka hanya perlu menunjukkan kad pengenalan ketika di kaunter semasa membuat pembelian tiket,” katanya.

Menurutnya, pihaknya merekodkan sebanyak 273,511 pengunjung sejak Januari hingga 31 Ogos lalu selain sejumlah 4,634 pengunjung direkodkan hanya pada 31 Ogos.

“Selepas tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19 yang mana kita beroperasi kembali pada 18 Jun PPSPM merekodkan peningkatan jumlah pengunjung.

“Bagi tempoh dua bulan pertama iaitu Julai pengunjung meningkat 80 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan merekodkan 90 peratus bagi bulan Ogos,” katanya.

Views:

281
Kongsi :
Previous post Projek Demonstrasi Grid Pintar: Melaka dipilih antara 28 bandar di dunia
Next post Sempadan negara kekal ditutup, kecuali bagi tujuan perniagaan – PM
Ubah saiz-+=