Reman pemandu rempuh pasangan OKU bisu, esok

Masa Membaca:48 Saat

JASIN 6 Jun – Polis akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Jasin, esok terhadap lelaki berusia 24 tahun yang disyaki memandu dibawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) bisu maut dalam kemalangan di Jalan Serkam Pantai, di sini, 7.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, pihaknya akan memohon reman keatas pemandu Perodua Myvi itu bagi melancarkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Dia kini ditahan sementara dan esok kita akan bawa ke mahkamah untuk mendapatkan permohonan reman.

“Selain itu kami juga sedang menunggu laporan alkohol daripada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, selain suami isteri berkenaan seorang lagi mangsa berusia 57 tahun turut dilaporkan cedera ringan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1007
Kongsi :
Previous post Tiada lagi pelukan dan ciuman ayah
Next post Penjawat awam maut dirempuh pemandu dipercayai mabuk
Ubah saiz-+=