‘Booking’ 6 bulan awal elak ‘gigit jari’
MASJID TANAH 6 Jun – Bagi memastikan percutian dirancang berjalan lancar ramai pengunjung di pusat peranginan Pantai Pengkalan Balak membuat tempahan bilik atau chalet sejak enam bulan lalu.
Perkara itu diakui Pengurus Chalet Darul Aslah, Halim Mahfodz, 62 yang ternyata gembira dengan perkembangan positif itu susulan peningkatan jumlah pengunjung setiap kali musim cuti umum.
Katanya, bagi cuti musim persekolahan pula pihaknya sudah menerima tempahan daripada pelanggan sejak perayaan Aidilfitri lalu.
Beliau berkata, chalet yang menawarkan 20 bilik dengan harga serendah RM170 semalam kini telah dipenuhi pelancong rata-ratanya dari Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
“Tempahan awal ini memang perkara biasa dan kerana pengunjung sudah faham situasi yang berlaku berikutan setiap minggu bilik kami sentiasa penuh.
“Kebanyakkan mereka merupakan pelanggan tetap yang sering berkunjung ke sini,”katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, ujarnya, chalet yang dibantu dengan lima pekerja itu sentiasa mementingkan kepuasan pelanggan yang datang malah sentiasa peka dengan isu kebersihan yang berlaku di sepanjang pantai berkenaan.
“Menyentuh isu kebersihan sememangnya sering belaku di sini bagi saya ia disebabkan sikap pengunjung luar dan bukannya penghuni chalet.
“Ramai yang datang meninggalkan sampah hingga menjejaskan keindahan pantai di kawasan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.