Sorting by

×

Hujan lebat, ribut petir diramal berlaku di Melaka petang ini

Masa Membaca:36 Saat

MELAKA 5 Jun – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di hampir keseluruhan kawasan di Melaka sehingga jam 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Melaka, tiga lagi negeri iaitu Pahang (Bentong dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) serta Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut diramal mengalami cuaca yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1774
Kongsi :
Previous post Banda Hilir ‘macam semut’, dipenuhi ribuan pelancong sejak Jumaat
Next post Malaysia sedang kenal pasti ubat rawat denggi – Khairy
Ubah saiz-+=