70 anak Durian Tunggal terima baucar barangan sekolah
DURIAN TUNGGAL 5 Jun – Seramai 70 anak-anak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal menerima bantuan baucar barangan persekolahan sekali gus meringankan beban golongan memerlukan di DUN itu.
Bantuan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil bersama Pengerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Datuk Mustafa Musa.
Menurut Zahari, bantuan baucar persekolahan itu dipilih sendiri oleh pihak sekolah bagi memastikan mereka adalah pelajar yang benar-benar layak menerima bantuan.
“Saya menyampaikan bantuan baucar barang persekolahan kepada para pelajar yang telah dicalonkan oleh pihak sekolah masing-masing di dalam DUN Durian Tunggal.
“Saya difahamkan seramai hampir 70 pelajar yang menerima bantuan baucar barang persekolahan di DUN Durian Tunggal.
“Moga sedikit bantuan yang diberikan dapat mempermudahkan segala urusan keluarga yang terlibat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya di sini, baru-baru ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua...
MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 14 Disember - Seramai 8,800 anak asnaf memperoleh manfaat hasil inisiatif Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf...
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...
PERTEGUH KESELAMATAN DEMI KEMAKMURAN MELAKA – KM
AYER KEROH 14 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...
PELUANG DAPAT PENDEDAHAN, MOHON SIJIL HALAL DI MIHF’24
AYER KEROH 13 Disember - Usahawan tempatan bercadang mahu mendapatkan hak pensijilan halal bagi produk masing-masing boleh mendapatkan maklumat lanjut...
PENGHANTAR TUMBUHAN HIASAN DITAHAN SELUDUP PELBAGAI JENIS TUMBUHAN BERNILAI RM4.5 JUTA
KOTA BHARU 14 Disember - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan termasuk orkid...