Mayat seorang lagi nelayan hilang di perairan Pontian ditemukan

Masa Membaca:41 Saat

JOHOR BAHRU, 4 Jun – Seorang lagi nelayan yang hilang di laut selepas keluar mencari ikan di perairan Barat Pulau Pisang, Pontian pada Khamis lepas, ditemukan lemas di Kuala Sungai Ayer Baloi hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata mayat Abu Bakar Mohammad, 57, ditemukan oleh nelayan di kawasan sekitar pada 9.30 pagi tadi.

“Mayat mangsa telah dibawa ke jeti nelayan berhampiran. Bagaimanapun (sehingga kini) bot mangsa tidak ditemukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang nelayan Khalid Mohammad, 71, ditemukan lemas di 2.5 batu nautika dari Pantai Kampung Pulai Sebatang, kira-kira 12.45 tengah hari (Jumaat).

Khalid dan Abu Bakar dilaporkan keluar ke laut mencari ikan di perairan tersebut menaiki bot pada Khamis sebelum kedua-duanya gagal dihubungi. -BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

991
Kongsi :
Previous post Terengganu lalui proses transformasi pembangunan pesat – PM
Next post Trak WoW bantu promosi kesihatan
Ubah saiz-+=