Pemain bola sepak dibebas dengan jaminan polis
KOTA BHARU, 3 Jun – Pemain bola sepak sebuah pasukan liga tempatan yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu berakhir hari ini.
“Polis dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan, insya-Allah akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan pemain tersebut ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, selepas mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.
Pemain itu kemudian direman empat hari bermula Isnin hingga semalam, sebelum direman sehari lagi dan berakhir hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BANJIR MELAKA: 3 PPS DIBUKA, 54 MANGSA DIPINDAHKAN
AYER KEROH 23 November - Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air....
PENANTIAN 16 TAHUN BERBALOI
AYER KEROH 22 November - Seorang guru lelaki memperoleh 'durian runtuh' apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional...
GEDUNG LANDSKAP MPJ
JASIN 22 November - Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk mengindah dan menghijaukan landskap dalam kawasan pentadbirannya turut membabitkan proses...
TAHAP KEBERSIHAN TAK MEMUASKAN, DAPUR DUA HOTEL DIARAH TUTUP
AYER KEROH 22 November - Dapur di dua hotel di negeri ini diarahkan tutup selepas kebersihan di premis berkenaan berada...
ANGGOTA POLIS DIDAKWA CURI RANTAI LEHER, RANTAI TANGAN MILIK WANITA YANG MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR 22 November - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...
AGENSI PERUMAHAN PERLU SEDIAKAN KEDIAMAN SELESA, BERKUALITI
BANDARAYA MELAKA 22 November - Agensi dan pemain industri perumahan setiap negeri perlu memainkan peranan sebagai penyedia kediaman yang selesa...