Sorting by

×

Lapor temui sarang lebah, tindakan pengayuh beca dipuji

Masa Membaca:45 Saat

BANDA HILIR 15 Sept. – Tindakan pengayuh beca menghubungi Bahagian Promosi Pelancongan Melaka (BPP) ketika menemui sarang lebah di dinding Porta de Santiago baru-baru ini perlu menjadi ikutan masyarakat.

Pengurus Besar BPP Saari Basiron berkata, sejurus menemui sarang lebah pengayuh beca mengambil keputusan melaporkan kepada BPP dengan segera.

KERJA-kerja membersihkan sarang lebah dilakukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada dinding Porta de Santiago, baru-baru ini.

“BPP terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan segera bagi mengelakkan bahaya kepada pengunjung.

“Setelah menjalankan tinjauan, APM mendapati ia adalah lebah yang berbisa dan merbahaya lalu APM mengambil tindakan segera membersihkan sarang lebah tersebut,” katanya.

Katanya, tindakan pengayuh beca itu sebagai tanda keprihatinan demi menjaga keselamatan orang ramai yang lalu di kawasan itu.

“Usaha pengayuh beca dan APM ini adalah contoh yang baik demi kepentingan rakyat dan pelancong,” katanya.

Views:

315
Kongsi :
Previous post Tindakan pantas MBMB tebang pokok tumbang
Next post Barisan kepimpinan TUAH UTeM depani cabaran
Ubah saiz-+=