
Tindakan pantas MBMB tebang pokok tumbang
BANDA HILIR 15 Sept. – Unit FRONT dan Unit Cantasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melakukan tindakan pantas setelah menerima aduan pokok tumbang di sekitar Jalan Kota, baru-baru ini.
Menurut kenyataan MBMB, aduan itu diterima daripada anggota penguatkuasa MBMB yang bertugas di sekitar kawasan pelancongan tersebut.
“Dahan pokok sekah (patah) di hadapan Muzium Setem, Jalan Kota itu berpunca daripada faktor cuaca yang tidak menentu pada sebelah petang.
“Dahan pokok itu merupakan jenis Pokok Angsana atau lebih dikenali sebagai Pokok Sena yang merupakan inventori pokok warisan,” katanya menerusi kenyataan tersebut di Facebook.
Bagi tujuan pembersihan sisa pokok, pihak MBMB mendapatkan bantuan pihak bomba dan dua unit jentera bomba tiba di lokasi bagi kerja-kerja cantasan dan pembersihan dengan bantuan anggota Unit Cantasan MBMB serta kontrakor cantasan.
Kerja-kerja pembersihan selesai kira-kira jam 9.20 malam dan laluan telah dibuka kepada orang awam setelah mengambil kira pengasingan kawasan berisiko.
Views:
Related


Berita Lain
PERUNTUKAN LEBIH RM11 JUTA PASANG LAMPU JALAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Lebih RM11 juta dibelanjakan bagi tempoh dua tahun (2024-2025) untuk pemasangan lampu jalan di seluruh...
PULAU KONET JADI SEBAHAGIAN KORIDOR TENAGA NEGERI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Pulau Konet yang terletak di perairan Telok Gong, Kuala Linggi telah diwartakan sebagai sebahagian kawasan...
CETUS KEKECOHAN, ADUN PEMBANGKANG DIBERI PERINGATAN
SERI NEGERI 29 April - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, memberi peringatan terakhir kepada pembangkang, Dr....
SUNGAI MELAKA FASA DUA BERKONSEPKAN RIADAH AKAN DISERAHKAN KEPADA PPSPM JUN INI
BANDARAYA MELAKA 29 April - Sungai Melaka Fasa Dua akan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM) pada...
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...