Sorting by

×

Cemas 15 minit terperangkap dalam bank

Masa Membaca:49 Saat

PAYA RUMPUT 2 Jun – Seorang lelaki berusia 51 tahun cemas apabila terperangkap lebih 15 minit di dalam bank dipercayai sewaktu hendak mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM), tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu di sebuah bank di Bandar Utama Cheng itu, lelaki berkenaan terpaksa menghubungi pihak bomba apabila pintu bank berkenaan dipercayai terkunci secara automatik.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.45 pagi sebelum tiba ke lokasi tiga minit selepas itu.

Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng digerakkan ke lokasi bagi membantu mangsa.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar seorang lelaki berusia 51 tahun terperangkap di dalam bank.

“Tindakan anggota bomba menyuruh mangsa membuka pintu dengan memecahkan break glass Emergency Door Release untuk membuka pintu tersebut dan mangsa berjaya keluar dari bank berkenaan,” katanya.

Menurut jurucakap JBPM Melaka, operasi itu tamat pada jam 1.06 pagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

682
Kongsi :
Previous post Uptown bakal meriahkan malam di Masjid Tanah
Next post Turap jalan perhubungan desa untuk keselesaan penduduk
Ubah saiz-+=