Sorting by

×

Turap jalan perhubungan desa untuk keselesaan penduduk

Masa Membaca:47 Saat

SUNGAI RAMBAI 2 Jun – Pelbagai naik taraf dan pembaikan infrastruktur dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik dan keselesaan kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis menerusi laman Facebook rasminya memuat naik gambar projek naik taraf jalan yang sedang giat dijalankan di Kampung Tasik Sungai Rambai pada 30 Mei hingga 1 Jun.

“Memberikan keselesaan kepada penduduk Sungai Rambai adalah keutamaan saya dalam membangunkan DUN ini.

“Antara infrastruktur diberi keutamaan adalah jalan perhubungan desa,” katanya.

JALAN Tasik ke Telok Gong di DUN Sungai Rambai yang sudah siap dinaik taraf memberikan keselesaan kepada pengguna dan penduduk yang menggunakan jalan perhubungan desa itu tanpa kebimbangan lagi.

Antara gambar dikongsi adalah jalan perhubungan desa siap diturap dari Jalan Tasik ke Telok Gong yang memberikan keselesaan kepada pengguna laluan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1440
Kongsi :
Previous post Cemas 15 minit terperangkap dalam bank
Next post Gempa bumi sederhana landa Halmahera
Ubah saiz-+=