Sorting by

×

Ismail Sabri zahir penghargaan kepada pemimpin UMNO, BN sokong beliau sebagai PM

Masa Membaca:2 Minit, 6 Saat

Ismail Sabri berkata sejak itu, BN memenangi setiap Pilihan Raya Umum (PRU) dengan cemerlang kecuali pada PRU14 yang menyaksikan gabungan tersebut tewas buat pertama kali.

“Oleh itu, kita perlu mengangkat semula martabat Barisan Nasional sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa,” katanya.

Menyentuh agenda Keluarga Malaysia yang digagaskannya, Ahli Parlimen Bera itu menegaskan bahawa ia selari dengan konsep permuafakatan dan perkongsian kuasa BN yang mengandungi kepelbagaian agama, bangsa dan budaya.

“Gandingan BN sebati dengan ‘DNA’ Keluarga Malaysia. Konsep inilah yang menjamin kestabilan parti kita. Marilah kita terus bersama-sama memperkasa Keluarga BN bagi menghadapi PRU15.

“Berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri, jelas rakyat kembali memberi kepercayaan kepada BN. Ini membuktikan kita mampu menawarkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan negara,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata walaupun pada penilaian parti rakyat sudah kembali kepada BN namun ahli parti tidak boleh berasa selesa kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk memenangi hati rakyat sekali gus menjamin kejayaan pada PRU15.

Beliau berkata kekalahan pada PRU14 menjadi satu detik hitam yang memberi pengajaran paling bernilai kepada BN.

“Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi PRU15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang bagi mengekalkan rentak kemenangan yang telah kita capai mutakhir ini,” katanya.

Ismail Sabri turut mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kepada BN.

“Kita sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin BN terdahulu yang telah banyak berjasa kepada parti dan negara,” katanya.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1270
Kongsi :
Previous post BN tiada ruang peluk tubuh, selesa atau bermimpi menang mudah PRU15 – Tok Mat
Next post ‘Cruise’ dan makan durian sampai puas
Ubah saiz-+=