
‘Usahlah bermain politik, rakyat dah jemu’ – Norhizam
PENGKALAN BATU 2 Jun. – Kemelut politik melanda negeri ini hanyalah semata mata khabar angin yang dimainkan.
Tegas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee, kerajaan perlu mengurangkan agenda politik dan sewajarnya berganding bahu membangunkan ekonomi Melaka.
Malah katanya, mereka yang dipilih rakyat perlu menumpukan sektor berkenaan lebih-lebih ketika keadaan ekonomi yang semakin merudum.
“Apa yang berlaku hari ini hanyalah khabar angin malah kita lihat semua pemimpin negeri berganding bahu dengan satu arah bagi bangunkan ekonomi Melaka terutama disebabkan penularan wabak COVID-19.
“Kita tak nak nanti rakyat menyatakan yang kita sebagai pemimpin dilantik bukannya untuk berkhidmat tetapi sentiasa bermain dengan agenda politik.
“Apa yang penting kita perlu menitikberatkan amanah melalui portfolio yang ditetapkan bagi memastikan kita melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
“Nasihat saya usahlah bermain politik rakyat dah jemu dah, apa yang perlu adalah kita perlu turun padang dan terus sentiasa berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin membabitkan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka yang
dikatakan ingin bertukar parti baru-baru ini.
Views:
Related
Berita Lain
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...