Sorting by

×

Misi indahkan pantai

Masa Membaca:52 Saat

KUALA LINGGI 2 Jun – Usaha untuk mengindahkan dan membersihkan pesisir pantai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerusi aktiviti gotong-royong akan dijalankan secara berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Rosli Abdullah berkata, usaha itu adalah hasil inisiatif Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Beliau berkata, terbaru aktiviti gotong-royong dijalankan dijalankan di Kampung Pantai, pada 30 Mei lalu yang membabitkan penduduk tempatan dan wakil agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Bukan setakat mengindahkan pantai, usaha ini dilihat mampu mendidik penduduk tempatan mengenai kepentingan menjaga kebersihan khususnya apabila membabitkan sumber air iaitu sungai dan laut.

“Jika pantai sudah bersih dan indah penduduk tempatan yang akan menikmati faedahnya, semuanya adalah untuk mereka sendiri bagi tempoh jangka masa panjang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, satu lagi program sama akan dianjurkan hujung bulan ini di lokasi akan ditentukan kelak dan dijangka membabitkan penyertaan lebih ramai penduduk tempatan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1118
Kongsi :
Previous post MOU Bernama, UKM, MFD, MyAsli lahirkan jurubahasa isyarat profesional bertauliah
Next post Agih ikan percuma, ringankan beban orang ramai
Ubah saiz-+=